Wednesday, June 24, 2009

The AU3 Lucky Draw

















salam.


Sedang korang mula membaca perkataan pertama blog ini, aku sudah menambahkan bil elektrik makcik aku untuk bulan ini. Tanpa izin. Maaf ye Wak Ros. Yahaha..


Semua sedang enak tidur dek dipukul serdak - serdak kenduri siang tadi. Lepas Lelah. Hari ni baru settle hantar barang..gile ah!. Tapi alhamdulillah semua sudah selesey. Hoh, sepupu aku kawen ahad lepas dekat AU3, Ulu Kelang. Tahniah Long.(tema dia kaler ni ok)

Pada sapa yang kenal sepupu aku si Fik atau Ustaz, kakak dia la kawen tu.

Aku suka kenduri. Jumpa pakcik sedara, atok sedara n most likely orang punya anak dara. Yay!.


Aku semacam abah, suka serve makanan. Bawean la katakan. Tambah pulak Jawa dari mak. Haha. Dan mungkin juga atas sebab itu, seperti biasa..aku diputuskan untuk menjaga bahagian lauk masa family meetting minggu lepas. Sikit aku tak bantah. Kenduri orang. Ah, kenduri sebelum ni pun sama jugak. Kenduri abg aku pun gitu gak ek. Masa ARDEC pun.

Hermm..aku perlu jawatan baru untuk kenduri lain.

At the sunset of that kenduri, badan aku berbau arca buah campur peluh. Baeng abes. Semua duduk jauh dari aku masa sesi pekene teh halia petang tu. Nak disepak sedara sendiri. Ikut korang la.

Ini bukan cerita fasal 'tips mengendalikan lauk pauk kenduri' mahupun 'tips pemilihan sendok atau chentong yang sesuai' ok.

Enough 'bout lauk kenduri.

Bila tiba buat kenduri kawen dalam family aku(sebelah mak), sedara - mara akan supply barang, tukang masak, pelamin, khemah n all those thing. Kerja jadi mudah dan tidak bebankan poket tuan rumah. Ini sudah dianggap sebagai ritual. Yayi Uji sudah berapa kawen entah jadi tukang masak. Sudah rasmi. Dari tok sedara aku yang paling muda, pakcik makcik aku sampai ke cucu - cucu semua pakai air tangan yayi. Barang masak masih kena kuar duit. Kurang pada upahnya saja. Tapi memang style abes la. Series beb. Ini seriesss. Haha..

Jadi manusia - manusia kehormat semacam Yayi Uji aku ni, apa jalan untuk dibalas budinya? Aku cuba amik yang lain, si yang memang terkenal dengan rajinnya, muka kedatangan penuh sirkit2 kenduri, muka suara riuh rendah kenduri, muka anak2 bapak yang amat disegani tuan rumah?

How?
Ok, try think 'bout this action aite? Aku cube terangkan seringkas mugkin.

Cadangan anak Wak Ros : "Apa kata kita buat cabutan bertuah masa kenduri?"


Ok, aku setuju dengan makna ini usaha untuk memeriahkan majlis..kenapa tak?..bukan kenduri aku pun..lantak korang...


Fast foward
>>>
Selepas bersanding...

DJ announce the lucky draw will begin shortly..dengan spupu perempuan aku yang terkenal dengan imej mulut lazer, ilmiah, kelakar serta solehah yang dibanggakan, dah melompat2 tanda over excited.


Hadoh.


Dan nama - nama yang seawal nya dah dipilih pun di panggil. Satu persatu. Aku berhenti kerja kejap, teguk air 2 gelas sambil curi - curi dengar. Riuh. Layan je kan.

Alahai..


Dan...satu - satu lah senyum aku bertukar muncung. Bak kata mimi.."sentap la jugak".

Hampir semua nama adalah orang2 kuat macam aku sebut tadi. Yayi, Nyayi, pakcik, makcik. Aku teruskan sambung kerja dengan laju. Sebab mahu berasap di surau. Jauh dari scout - scout cik Mira.

Ini mengampu namanya. Dibuat untuk senang mintak tolong bila adik atau sedara yang lain nak buat keja kawen? Aku tak mengharap nama aku disebut atau lelah aku dibalas depan orang ramai. Tapi dengan sedara - mara jangan kau buat semacam tu. Sedara kau jengah waktu2 harus pun sudah cukup bagus.

Aku tak pasti kalau ini kebiasan pada korang semua tapi satu perkara yang aku pasti, ini tak betul!

Apa salah kau sebut je nama - nama tetamu lain. Selang kan dengan orang timangan kau tu. Kurang lah terang tu.


Aku dah ngantuk. Kena tido sebab esok harus kerja dengan si mata sepet.


Isu aku yang tadi berbakul entah ke mana pulak.


Wak Ros, maafkan saya sebab kutuk anak2 wak ye.

Nanti saya buat Cabutan Bertuah bubuh nama anak2 wak yeh. Wiwiwiwiwwiii...


2 comments:

  1. sapa dj aritu?. meh sini biar aku sekolah kan.

    ReplyDelete
  2. ntah...berkarektor nasyid tapi pakai mekap...konpius..

    ReplyDelete