Sunday, May 1, 2011

bapok jeng (Jam dalam loghat terengganu)

Aku punya :

- Famili dan mak bapak yang cukup...mudah dan happy...tidak sehebat keluarga Syahlizan atau yang lain tapi cukup disekililing.
- Seorang wanita yang lovely, setia, memahami (progress into solid phase) yang mana aku punya cita dan cinta. (13x aku taip dan backspace perkataan ni)
- Rakan gembira.
- Rakan bersedih.
- Rakan sekolah.
- Rakan sebaya.
- Pembinbing Rakan Sekolah (PRS)
- Rakan who truly really stand by the meaning of 'kawan baik'
- Punya kisah perjalanan dan pengalaman yang sering buat aku ketawa.
- Punya ketakutan ditempat tinggi atau gayat.
- Punya kereta yang banyak berjasa.
- Punya duit sebanyak RM103.00 untuk sepanjang hidup aku setakat ini dan esok cik Anifah ajak tgk wayang pulak.

Aku tidak punya :

- aku tiada kerja...apa pun kerja.
sudah jelak dipandang hanya dengan ekor mata manusia.
sudah jelak dengan manusia yang mahu bercakap jika punya kerja sahaja.
sudah jelak mahu berharap dan menjaga hati tapi itu aturan hidup...apa boleh buat...don't ever fight with nature..
Aku juga tak boleh meminta lebih...

Aku cuma mahu duit dihujung bulan untuk terus hidup. wtf...eh tercarut pulak..

Kisah si Pemicit Jerawat dan DVD

Lama sudah tidak menulis. Masih berpegang dengan alasan tipikal iaitu 'ade je crite, tapi ntah...malas pulak'. Huh! Macam bangkai.

Takdir Allah menentukkan aku mendapat teman Mari Menonton Bola Bersama.... Afiq. Rakan lama di bangku sekolah menengah. Kelmarin baru aku tahu, si afiq pernah bersekolah rendah yang sama dengan aku, dan lebih maju sedikit, baru minggu lepas aku tahu kat mana rumah nya. Padahal satu fasa(seksyen) dari kecik.Tinggi, suam-suam gelap, rambut berpaksikan pacakan keatas dan sering memicit-micit jerawat tanpa henti. Semenjak dua menjak ni, afiq lah partner layan bola. Walaupun game 3pagi. Lagi galak aku keluar rumah. Lantak la.

Dah itu je cerita aku. Saje buat entry baru sebab jeles kat topet yang galak buat entry baru dalam blog.

Pesanan :

oh...andai anda (saja nak nampak best walaupun aku tahu takde sape pun bace blog aku ni) berhajat mahu menonton filem Seru atau Panggilan Istana....sila lah simpan sebentar duit anda itu dah lantas bergegas ke lanun dvd, Beli dvd filem berkenaan, bayar pada taukey kedai dvd pilihan anda itu. Pasca pembayaran, patahkan dvd anda itu ngam-ngam depan muka taukey kedai. Melalui cara tersebut barangkali, lanun itu akan komplen ke ketua lanun, ketua lanun kepada exacutive marketing die dan exac tu akan terus warning kepada department purchase mereka untuk memboikot filem tersebut. Maka pembikin filem 'jenis' ini akan kurang feed back dari sales dan juga rating lanun tersebut. Merangkumi demikian, pembikin atau penggiat tidak akan buat filem-filem macam itu lagi akibat kurang demand. Jimat lah duit kita. Dah. (kesan daripada taukey tepi bintang sg. chua tak bukak malam ni)