Thursday, December 9, 2010

siri mari bercakap

Hai semua.

Aku ke studio meru siang tadi. Terlanjur ke sana, saja untuk bertemu manusia-manusia melukis. Harapan cuba mencari mood dan idea kembali. Ringkasnya boleh tahan berjaya. Ketiadaan daya modal berborak, si sharul menjamu video imitation Johan dan Zizan. Neuroscience yang sangat berjaya pada aku dan sangat kelakar. Serius kelakar. Video ini sudah agak berlebihan kali aku tengok sebenarnya, wajib sudah habis kelakarnya pada aku. Ironinya aku tetap rasa kelakar. Mungkin si sharul yang sudah lama aku tidak melepak sama, menangga dan sebagainya, itulah kesannya barang kali. Mood berubah menjadi hensem seketika. Sebab kurang 5 minit, aku tetap tidur akibat letih. Haisshh. Sangat lama tidak bersama kawan-kawan mungkin. Jadi seronok melantun-lantun.

Usai tidur, mahgrib menyapa, aku terus ke shah alam.

Aktiviti seterusnya agak lama lagi mahu mula. Jadi, mamak lah dituju. Roti Nan yang sangat sedap, tetapi suasana keliling yang kurang selesa. Sedar meja keliling asyik sibuk sembang juta-juta, aku beralih lah ke McD seksyen 3. Mungkin sana kurang kusutnya. Parking, large coke(wah...coke?..bantailah), enjoying aktiviti 'mari berebut plug bersama saya' dan mendaratkan punggung seselesa mungkin.

Berseorangan. Berbekalkan large coke dan fries, aku mulakan wi-fi. Lama sungguh tidak menulis. Asyik Incik Syah yang menulis. Ini tidak adil. No lah. Phrase 'aku rindu kau doh', buatkan aku ingin menulis entry yang baru. Dan kembalilah blogging sementara Dia sempat memberikan modal bicara. Boleh untuk pengubat rindu sebelum ke arah kacik pil. Hehe.

Dari suasana angin sejuk air cond ke suasana angin sejuk semula jadi. Datang lah si Korea pula buat teman. Pun lama tak melepak sama. Hensem you korea sekarang!. Haha.

Rancak bertukar cerita dan humor yang tipikal. Topik politic and business adalah pilihan tetap bagi Korea untuk bercerita. Hantam lah. Aku dah biasa pun. Orang Klang tu, mahu dicakar belakang aku nanti. Hahah. Bertambah kelakar Korea sekarang. Terasa nak ditempeleng pun ada.

Aktiviti utama aku sudah tiba. Kembali mengambil si dia, cik Anifah seperti dirancang. Yang berubah nya ialah, mengambil bersama-sama si Korea. Bantaikan je lah.

Berubah venue ke kedai makan melayu. Kenyang dengan sepinggan nasi goreng, gurauan gay bersulam dengan sedutan rokok. Dengan hanya seketika pandangan aku beralih ke lantai, aku sedar yang mood hensem seketika semacam di meru tadi kembali terasa. Emm.

I'm happy. Full of joys. "Amboi, seronok betul awak malam ni ye?" sapa cik Anifah. Senyum sambil menutup mata. Itu saja yang aku mampu jawab. Ruang dalam badan terasa terisi. Ya...aku tau orang yang setebal semacam aku memang sudah cukup terisi dengan lemak.

Sepanjang pulang memandu, baru aku sedar yang aku kurang aktiviti bersosial. Kurang berjumpa kawan-kawan lama bertanya khabar, kurang melihat dunia keliling. Asyik terperap di rumah. Sudah jarang jumpa rakan-rakan di Bangi. Bertambah aku sedar, aku tepu dan kekok berbicara.

Teman serumah sewa aku di Pandan bernikah sabtu lepas di Sarawak. Makanya, aku berseorangan dirumah sepanjang hampir 2 minggu ini. Seingat aku, setakat merungut dengan sang semut "sudah-sudah lah merompak mee sedap aku, kenapa waktu ni lah kau nak lalu besok-besok tak boleh ke?", memesan rama-rama supaya hati-hati dengan kipas siling dan juga marah kumbang yang cuba masuk dengan melanggar cermin tingkap berulang kali buat aku seram waktu malam...sudah makin kerap aku praktikkan.

Inilah malam kedua terakhir aku di Pandan.

Namun menariknya, tidak pula dimana 'siri bercakap dengan binatang tamar jalis' aku akan berlangsung malam ini. Mungkin semut, rama-rama dan kumbang dapatlah tidur lena sebab....kunci rumah sewa aku tertinggal di meru. Damn lah!. Dah sampai baru aku perasan. Aku tiba sekitar 3 pagi. Nah, tiada lah siri aktiviti tersebut dan juga rutin memeluk bantal empuk yang masam-masam tidak. Mungkin ini juga pesan Dia dan jadi titik tolak permulaan.

2 perkara yang pasti :

- Sudah tentulah malam nanti baru aku pulang ke rumah.

- Trip ke studio meru adalah keutamaan pada hari ini.

Aku kembali ke McD. Kembali melakukan parking, enjoying aktiviti 'mari berebut plug bersama saya' dan mendaratkan punggung seselesa mungkin. Tapi kali ini pesan coffee. Maka nya, ini lah dia entry terbaru dari aku.

Selesai semua ini, aku harus membuat 'siri bercakap dan bersua dengan manusia' pula. Aku boleh mulakan dengan ucapan terima kasih ke pekerja McD ini sebab...mana ada orang lepak awal pagi macam ni bang. Haha.

Buat abah, keluarga tersayang, sahabat-sahabat, orang Johor dan yang lain...ampun maaf dengan khilaf saya yang kali ini. God bless all of you. Sila-sila lah menyapa saya andai lama tidak bertegur.

Tamat.

Info : Terima kasih pada Anifah sebab berikan aku kereta untuk merehatkan badan, Sukor sebab ajak aku jual artwork kat annexe nanti, juga pada korea yang belanja makan kami dan pada semua yang pernah hulurkan bantuan serta masa ketika waktu susah saya. Moga Allah panjangkan usia kalian. Amin.

Tamat yang sebenar-benar.

Kerja Yang Sepatutnya.

Kita dicampakkan ke dunia dengan pangkat - 'Hamba'. Hamba yang sempurna. Hamba yang sebaik ciptaan. Paling tidak hamba yang cukup sifat dari yang selainnya.

Bagai sepandai manusia bernafas tanpa pernah sesaat diajar, semua tahu apa manusia...kita punya.

Bagaikan si mesin. Makin lama, makin lama makin banyak belanja. Makin banyak minyak. Makin banyak ragamnya.

Sedetik dua, aku selalu memetaforakan manusia dengan mesin. Kadang - kadang terasa jahil dan kufur nikmat juga.

Ertinya apa?

Belanjawan kita meningkat seiring dengan umur. Tidak boleh tidak, pengaruhnya tersangat lah kuat. Puas ditolak ke kanan, ke kiri. Habis semua teknik dan possisi sudah aku cuba...emm. (baiklah, aku cuba untuk lebih serius lagi,ok?)

Dslr? Macbook? iPad? cool handphone? Top Man's shirt? satria neo? pesona? jaguar?..oi! Bersosial disetiap hujung minggu?

Semua ini aku mampu dan telah berjaya tepis. Jujurnya juga, hidungku sangat berpotensi untuk mengalirkan darah setiap kali melihat sahabat - sahabat dengan item yang cool itu. Ya, aku meggunakan term 'cool'..ok.

Kita, manusia dan tepat nya aku sendiri, tidak mampu menolak kehendak semua ini secara total. Pasti ade yang sangkut. Peribadi nya pada aku, aku tidak mampu untuk ini. Mahupun sehelai baju harga RM25 - RM50. Andai ada rezeki lebih pun, aku terasa sayang untuk berbelanja sebanyak itu. Tentu tidak pada orang lain. Atau juga jelik dengan kenyataannya yang aku tidak mampu. Konon meminta simpati. What the hell.

Kembali kepada 'Hamba' diawal tadi. Hamba yang secara takrifan orang kebiasaan atau working class seperti aku ialah, golongan yang bekerja dan hirakinya dibawah satu golongan taraf lebih tinggi.

Kita diturunkan ke bumi sebagai hamba oleh Allah. Jadi kita bekerja untuk Nya. Mungkin upahnya adalah rezeki dan rahmat. Rezeki dan rahmat untuk hidup. Tidak kisah lah apa pun bentuknya.

Secara logik akal sebagai etika berkerja, kita perlu berkerja dan perform, punya hubungan yang baik dengan majikan, berkomunikasi, merujuk atau bertanya jika punya masalah dengan upah mungkin dan komited.

Aku tidak mampu untuk semua kehendak hidup yang sepatutnya dengan umur aku, aku sudah pun mampu.

Tapi kenapa aku asyik terlupa dengan semua logik akal ini?

Walhal, teknikal nya sangat mudah dan semuanya asas sahaja.

Mahukan cool? Inilah kerja yang sepatutnya aku buat sekarang.

I must wake up now!