Thursday, December 9, 2010

siri mari bercakap

Hai semua.

Aku ke studio meru siang tadi. Terlanjur ke sana, saja untuk bertemu manusia-manusia melukis. Harapan cuba mencari mood dan idea kembali. Ringkasnya boleh tahan berjaya. Ketiadaan daya modal berborak, si sharul menjamu video imitation Johan dan Zizan. Neuroscience yang sangat berjaya pada aku dan sangat kelakar. Serius kelakar. Video ini sudah agak berlebihan kali aku tengok sebenarnya, wajib sudah habis kelakarnya pada aku. Ironinya aku tetap rasa kelakar. Mungkin si sharul yang sudah lama aku tidak melepak sama, menangga dan sebagainya, itulah kesannya barang kali. Mood berubah menjadi hensem seketika. Sebab kurang 5 minit, aku tetap tidur akibat letih. Haisshh. Sangat lama tidak bersama kawan-kawan mungkin. Jadi seronok melantun-lantun.

Usai tidur, mahgrib menyapa, aku terus ke shah alam.

Aktiviti seterusnya agak lama lagi mahu mula. Jadi, mamak lah dituju. Roti Nan yang sangat sedap, tetapi suasana keliling yang kurang selesa. Sedar meja keliling asyik sibuk sembang juta-juta, aku beralih lah ke McD seksyen 3. Mungkin sana kurang kusutnya. Parking, large coke(wah...coke?..bantailah), enjoying aktiviti 'mari berebut plug bersama saya' dan mendaratkan punggung seselesa mungkin.

Berseorangan. Berbekalkan large coke dan fries, aku mulakan wi-fi. Lama sungguh tidak menulis. Asyik Incik Syah yang menulis. Ini tidak adil. No lah. Phrase 'aku rindu kau doh', buatkan aku ingin menulis entry yang baru. Dan kembalilah blogging sementara Dia sempat memberikan modal bicara. Boleh untuk pengubat rindu sebelum ke arah kacik pil. Hehe.

Dari suasana angin sejuk air cond ke suasana angin sejuk semula jadi. Datang lah si Korea pula buat teman. Pun lama tak melepak sama. Hensem you korea sekarang!. Haha.

Rancak bertukar cerita dan humor yang tipikal. Topik politic and business adalah pilihan tetap bagi Korea untuk bercerita. Hantam lah. Aku dah biasa pun. Orang Klang tu, mahu dicakar belakang aku nanti. Hahah. Bertambah kelakar Korea sekarang. Terasa nak ditempeleng pun ada.

Aktiviti utama aku sudah tiba. Kembali mengambil si dia, cik Anifah seperti dirancang. Yang berubah nya ialah, mengambil bersama-sama si Korea. Bantaikan je lah.

Berubah venue ke kedai makan melayu. Kenyang dengan sepinggan nasi goreng, gurauan gay bersulam dengan sedutan rokok. Dengan hanya seketika pandangan aku beralih ke lantai, aku sedar yang mood hensem seketika semacam di meru tadi kembali terasa. Emm.

I'm happy. Full of joys. "Amboi, seronok betul awak malam ni ye?" sapa cik Anifah. Senyum sambil menutup mata. Itu saja yang aku mampu jawab. Ruang dalam badan terasa terisi. Ya...aku tau orang yang setebal semacam aku memang sudah cukup terisi dengan lemak.

Sepanjang pulang memandu, baru aku sedar yang aku kurang aktiviti bersosial. Kurang berjumpa kawan-kawan lama bertanya khabar, kurang melihat dunia keliling. Asyik terperap di rumah. Sudah jarang jumpa rakan-rakan di Bangi. Bertambah aku sedar, aku tepu dan kekok berbicara.

Teman serumah sewa aku di Pandan bernikah sabtu lepas di Sarawak. Makanya, aku berseorangan dirumah sepanjang hampir 2 minggu ini. Seingat aku, setakat merungut dengan sang semut "sudah-sudah lah merompak mee sedap aku, kenapa waktu ni lah kau nak lalu besok-besok tak boleh ke?", memesan rama-rama supaya hati-hati dengan kipas siling dan juga marah kumbang yang cuba masuk dengan melanggar cermin tingkap berulang kali buat aku seram waktu malam...sudah makin kerap aku praktikkan.

Inilah malam kedua terakhir aku di Pandan.

Namun menariknya, tidak pula dimana 'siri bercakap dengan binatang tamar jalis' aku akan berlangsung malam ini. Mungkin semut, rama-rama dan kumbang dapatlah tidur lena sebab....kunci rumah sewa aku tertinggal di meru. Damn lah!. Dah sampai baru aku perasan. Aku tiba sekitar 3 pagi. Nah, tiada lah siri aktiviti tersebut dan juga rutin memeluk bantal empuk yang masam-masam tidak. Mungkin ini juga pesan Dia dan jadi titik tolak permulaan.

2 perkara yang pasti :

- Sudah tentulah malam nanti baru aku pulang ke rumah.

- Trip ke studio meru adalah keutamaan pada hari ini.

Aku kembali ke McD. Kembali melakukan parking, enjoying aktiviti 'mari berebut plug bersama saya' dan mendaratkan punggung seselesa mungkin. Tapi kali ini pesan coffee. Maka nya, ini lah dia entry terbaru dari aku.

Selesai semua ini, aku harus membuat 'siri bercakap dan bersua dengan manusia' pula. Aku boleh mulakan dengan ucapan terima kasih ke pekerja McD ini sebab...mana ada orang lepak awal pagi macam ni bang. Haha.

Buat abah, keluarga tersayang, sahabat-sahabat, orang Johor dan yang lain...ampun maaf dengan khilaf saya yang kali ini. God bless all of you. Sila-sila lah menyapa saya andai lama tidak bertegur.

Tamat.

Info : Terima kasih pada Anifah sebab berikan aku kereta untuk merehatkan badan, Sukor sebab ajak aku jual artwork kat annexe nanti, juga pada korea yang belanja makan kami dan pada semua yang pernah hulurkan bantuan serta masa ketika waktu susah saya. Moga Allah panjangkan usia kalian. Amin.

Tamat yang sebenar-benar.

Kerja Yang Sepatutnya.

Kita dicampakkan ke dunia dengan pangkat - 'Hamba'. Hamba yang sempurna. Hamba yang sebaik ciptaan. Paling tidak hamba yang cukup sifat dari yang selainnya.

Bagai sepandai manusia bernafas tanpa pernah sesaat diajar, semua tahu apa manusia...kita punya.

Bagaikan si mesin. Makin lama, makin lama makin banyak belanja. Makin banyak minyak. Makin banyak ragamnya.

Sedetik dua, aku selalu memetaforakan manusia dengan mesin. Kadang - kadang terasa jahil dan kufur nikmat juga.

Ertinya apa?

Belanjawan kita meningkat seiring dengan umur. Tidak boleh tidak, pengaruhnya tersangat lah kuat. Puas ditolak ke kanan, ke kiri. Habis semua teknik dan possisi sudah aku cuba...emm. (baiklah, aku cuba untuk lebih serius lagi,ok?)

Dslr? Macbook? iPad? cool handphone? Top Man's shirt? satria neo? pesona? jaguar?..oi! Bersosial disetiap hujung minggu?

Semua ini aku mampu dan telah berjaya tepis. Jujurnya juga, hidungku sangat berpotensi untuk mengalirkan darah setiap kali melihat sahabat - sahabat dengan item yang cool itu. Ya, aku meggunakan term 'cool'..ok.

Kita, manusia dan tepat nya aku sendiri, tidak mampu menolak kehendak semua ini secara total. Pasti ade yang sangkut. Peribadi nya pada aku, aku tidak mampu untuk ini. Mahupun sehelai baju harga RM25 - RM50. Andai ada rezeki lebih pun, aku terasa sayang untuk berbelanja sebanyak itu. Tentu tidak pada orang lain. Atau juga jelik dengan kenyataannya yang aku tidak mampu. Konon meminta simpati. What the hell.

Kembali kepada 'Hamba' diawal tadi. Hamba yang secara takrifan orang kebiasaan atau working class seperti aku ialah, golongan yang bekerja dan hirakinya dibawah satu golongan taraf lebih tinggi.

Kita diturunkan ke bumi sebagai hamba oleh Allah. Jadi kita bekerja untuk Nya. Mungkin upahnya adalah rezeki dan rahmat. Rezeki dan rahmat untuk hidup. Tidak kisah lah apa pun bentuknya.

Secara logik akal sebagai etika berkerja, kita perlu berkerja dan perform, punya hubungan yang baik dengan majikan, berkomunikasi, merujuk atau bertanya jika punya masalah dengan upah mungkin dan komited.

Aku tidak mampu untuk semua kehendak hidup yang sepatutnya dengan umur aku, aku sudah pun mampu.

Tapi kenapa aku asyik terlupa dengan semua logik akal ini?

Walhal, teknikal nya sangat mudah dan semuanya asas sahaja.

Mahukan cool? Inilah kerja yang sepatutnya aku buat sekarang.

I must wake up now!

Sunday, April 18, 2010

Terima Kasih

ya-Allah ya-Rahman ya-Rahim

hidupkan daku jika hidup itu yang terbaik buatku
dan matikanlah daku jika mati itu terbaik buatku.


Syukur pada Mu atas izin kau kerana beri aku kesempatan ke dua melihat semua ciptaan Mu... Aku terima ujian Mu...terima kasih atas umur ku...ku akui kuasa Mu Ya Allah...

Wednesday, January 6, 2010

Azan Asar menandakan...?

Sekarang ni aku asyik tidur petang lah dihujung minggu.
Asal azan Asar je mesti aku tidur.

Orang kata, tidur petang ni mewarisi kegilaan.
Itu yang aku belajar masa kecil-kecil cili benggala lah.
Dan aku agak setuju lah dengan statement itu walhal tiada penerangan seterang lampu suluh yang mengaitkan tidur lepas asar jadi gila tapi kalau tak bangun subuh tak gila pula.
Haha. Ambik kau ketepek kat dahi.

Anyway, mungkin ketiduran aku yang hampir setahun tu sudah membayar tol ke atas aku semula kot.
(Err, abaikan penggunaan kata aku yang tidak mengikut ras undang-undang bahasa melayu)

Cakap pasal tidur lah kan.
Aku teringat kesah aku masa aku di tingkatan 3.
Ada satu hari itu, aku baru pulang dari summer camp di Beranang.
Anjuran Mindef selaku tempat bekerja makcik aku, Wak Ros.

Balik saja rumah Wak Ros aku pergi bantai tidur.
Tahu tahu saja aku bangun aku tengok rumah dah terang dengan lampu.
Tengok jam dah pukul 6 lebih.
Dalam hati,"What the shit? Lama betul aku tidur!"
Running saja Windows build in otak aku, aku terus membilang berapa jam kah aku sudah lelap.
Sampai semalam Asar, sekarang dah 6.30.
Humang aih jang, lamo bona yo tak?
Record peribadi ni.

Aku tersandar di dinding.
Sepupu melintas depan aku dengan sejadah untuk solat.
Aku pun menggelabah, bangun capai baju dan ke toilet.
Aku keluar bilik tengok Wak Ros tengah gosok baju.
Langit kat luar dah kaler biru-biru oren.
Aku siap marah-marah diri sendiri, kenapa tak bangun. Sebab malu tidur lama.
Duduk mengomel sorang-sorang.
Aku pun terus solat.

Usai saja solat, di luar bilik aku nampak semua sudah siap siap.
Aku tanya "nak ke mana wak?"
"keramat". Tempat semua pakcik, makcik dan sepupu aku berkumpul dihujung minggu.
Aku iya kan saja. Ye lah buat apa aku tinggal sorang sorang.

Dalam perjalanan aku nampak ramai orang. Kedai pun dah buka. Meriah betul.
"Sibuk betul orang setiawangsa ni"
Arwah Bapak si suami Wak Ros pandang aku pelik.
"Kenapa?"
Aku jawab sambil bersandar buat buat keletihan dan setenang mungkin.
"Ye la pak, awal pagi lagi dah sibuk. Ahad pulak tu"
Bapak senyum dan "kau sembahyang berapa rakaat tadi mi?"
"dua la pak" Aku semacam pelik.
Aku capai tangan sepupu aku, tengok jam.

Haram, baru pukul 6P.M lah gila. Bukan 6A.M.

Aku keluar van dengan sengih-sengih muka toya.
Amek kau. Kan dah malu sorang.

Sesuai pulak destinasi aku ialah ke Keramat.
Aku menjadi medium kekelakaran sedara aku malam itu.
Fuck. Itu pun nak kecoh. Miahahahahaha.

Moral of the story, jangan tidur petang wey. Memang jadi gila betul.

Dear God.

Dear God.

I am unsure of what I am living for.

Is it for the people surrounding me?
Or is it for the things I like?
Or is it for my passions, desires and lust?

It is most certain not for my future since I don't have plans for it.
I go. I flow.

Please make things clear.
I am begging on my sejadah.

Balance (bukan cucur dalam dialek kelantan)

Oh, damn.
Dah pukul 7.30pm.
Azan Maghrib baru je berbunyi.
Tengok bilik gelap gelita. Pintu tak kunci.

Benda terakhir dalam ingatan aku sebelum tidur ialah, "Kosong, kejut aku pukul 5.30pm, aku nak turun main bola & nak sembahyang".

Nampaknya bola pun tak nampak batang & taik hidung aku, sejadah pun sama.
Aiseh.

Anyway, aku baru pulang dari futsal.
Ala-ala orang tebal yang baru lepas tengok Biggest Loser kat Hallmark channel dan terus tanam azam untuk kurus dan mempunyai ketak-ketak di badan lalu contact kawan kawan untuk join futsal.
Nasib baik free. Kalau tak haram aku nak turun.

Aku nak cerita pasal balance. Balancing.
Aku belajar dalam AD di uitm pasal balancing juga.
Maksud aku, aku belajar sedikit lah tentang balancing.
Dan aku rasa lah kan, hidup kita ni kena la balance juga.

Kau budak baik.
Tapi kau tak boleh baik sangat.
Kau baik sangat, kau dipijak.
Kau jahat pun, kau dikeji.

Kau hidup hari-hari.
Clubbing sana sini.
Tapi dalam satu hari tu.
Kau kena juga faham dan akur.
Kau hidup, kau still boleh clubbing, semua tu masih kerja Tuhan kita. Allah.
Kita mesti bersyukur, akur.
Apa yang jadi dalam hidup kita semua datang dari Allah.

Kau jumpa lelaki tu.
Aku jumpa perempuan itu.
Kau gaduh dengan mereka.
Kau dibenci mereka.
Semua kerja tuhan.
Jadi, apa kerja kita pula?
Ha, kerja kita, pakai otak. Dan jangan lupa bertindak.

Kau tak dapat lelaki itu.
Mungkin lelaki itu bukan untuk kau?
Mungkin dia jahat sangat untuk kau?
Atau mungkin kau yang jahat untuk dia?

Kau kejar perempuan itu.
Mungkin perempuan itu bukan akhirnya dengan kau?
Sebab tu Tuhan kita dah rancang segalanya.
Akur je la. And take that step forward.

aku cuba be more to being balanced.
Being more matured.(huh? suruhan orang yang kurang humor dalam hidup)
Hey, I'm going to be 27 in a couple of months.
What do you think I should do?
Takkan nak bersikap seperti Sin Chan saja tiap-tiap hari bukan?
Walhal pada aku ok saje...dia bijak dan jujur.

Ya, aku tahu.
Aku bukan baik sangat pun dalam hidup dan prong prang bok bek bok bek pada kau orang.
Aku jahat juga.
Hari-hari buat perkara dosa juga.
But sometimes, you have got to believe that God is up there and at anytime He wants you to go, you will go.
I ain't no son of a devil and I ain't no saint to preach.
But I believe in my God in my own way.
And not in such pagan crap yang ajar bukan bukan.

Aku balik tadi, kepala pening-pening.
Orang gemuk kan.
Sebab tu aku balik awal.
Mungkin sebab dah berapa kurun masihi entah aku tak turun pergi buang lemak, and terus buang 100+ calories sekaligus.
Mungkin juga terlampau ramai manusia-manusia membina otot sebab ada training player state tadi; membuatkan aku kurang oksigen dalam peparu.
Mungkin juga sebab aku tidak makan malam lagi dan terus membuang otot dan makanan pagi tadi.
Mungkin juga sebab aku makan banyak sangat di kenduri semalam.
Jadi next time jangan melantak sangat kat kenduri, orang len pun nak makan jugak.


Mungkin aku perlu belajar balance lebih lagi.