Sunday, May 1, 2011

Kisah si Pemicit Jerawat dan DVD

Lama sudah tidak menulis. Masih berpegang dengan alasan tipikal iaitu 'ade je crite, tapi ntah...malas pulak'. Huh! Macam bangkai.

Takdir Allah menentukkan aku mendapat teman Mari Menonton Bola Bersama.... Afiq. Rakan lama di bangku sekolah menengah. Kelmarin baru aku tahu, si afiq pernah bersekolah rendah yang sama dengan aku, dan lebih maju sedikit, baru minggu lepas aku tahu kat mana rumah nya. Padahal satu fasa(seksyen) dari kecik.Tinggi, suam-suam gelap, rambut berpaksikan pacakan keatas dan sering memicit-micit jerawat tanpa henti. Semenjak dua menjak ni, afiq lah partner layan bola. Walaupun game 3pagi. Lagi galak aku keluar rumah. Lantak la.

Dah itu je cerita aku. Saje buat entry baru sebab jeles kat topet yang galak buat entry baru dalam blog.

Pesanan :

oh...andai anda (saja nak nampak best walaupun aku tahu takde sape pun bace blog aku ni) berhajat mahu menonton filem Seru atau Panggilan Istana....sila lah simpan sebentar duit anda itu dah lantas bergegas ke lanun dvd, Beli dvd filem berkenaan, bayar pada taukey kedai dvd pilihan anda itu. Pasca pembayaran, patahkan dvd anda itu ngam-ngam depan muka taukey kedai. Melalui cara tersebut barangkali, lanun itu akan komplen ke ketua lanun, ketua lanun kepada exacutive marketing die dan exac tu akan terus warning kepada department purchase mereka untuk memboikot filem tersebut. Maka pembikin filem 'jenis' ini akan kurang feed back dari sales dan juga rating lanun tersebut. Merangkumi demikian, pembikin atau penggiat tidak akan buat filem-filem macam itu lagi akibat kurang demand. Jimat lah duit kita. Dah. (kesan daripada taukey tepi bintang sg. chua tak bukak malam ni)

No comments:

Post a Comment