Thursday, December 9, 2010

Kerja Yang Sepatutnya.

Kita dicampakkan ke dunia dengan pangkat - 'Hamba'. Hamba yang sempurna. Hamba yang sebaik ciptaan. Paling tidak hamba yang cukup sifat dari yang selainnya.

Bagai sepandai manusia bernafas tanpa pernah sesaat diajar, semua tahu apa manusia...kita punya.

Bagaikan si mesin. Makin lama, makin lama makin banyak belanja. Makin banyak minyak. Makin banyak ragamnya.

Sedetik dua, aku selalu memetaforakan manusia dengan mesin. Kadang - kadang terasa jahil dan kufur nikmat juga.

Ertinya apa?

Belanjawan kita meningkat seiring dengan umur. Tidak boleh tidak, pengaruhnya tersangat lah kuat. Puas ditolak ke kanan, ke kiri. Habis semua teknik dan possisi sudah aku cuba...emm. (baiklah, aku cuba untuk lebih serius lagi,ok?)

Dslr? Macbook? iPad? cool handphone? Top Man's shirt? satria neo? pesona? jaguar?..oi! Bersosial disetiap hujung minggu?

Semua ini aku mampu dan telah berjaya tepis. Jujurnya juga, hidungku sangat berpotensi untuk mengalirkan darah setiap kali melihat sahabat - sahabat dengan item yang cool itu. Ya, aku meggunakan term 'cool'..ok.

Kita, manusia dan tepat nya aku sendiri, tidak mampu menolak kehendak semua ini secara total. Pasti ade yang sangkut. Peribadi nya pada aku, aku tidak mampu untuk ini. Mahupun sehelai baju harga RM25 - RM50. Andai ada rezeki lebih pun, aku terasa sayang untuk berbelanja sebanyak itu. Tentu tidak pada orang lain. Atau juga jelik dengan kenyataannya yang aku tidak mampu. Konon meminta simpati. What the hell.

Kembali kepada 'Hamba' diawal tadi. Hamba yang secara takrifan orang kebiasaan atau working class seperti aku ialah, golongan yang bekerja dan hirakinya dibawah satu golongan taraf lebih tinggi.

Kita diturunkan ke bumi sebagai hamba oleh Allah. Jadi kita bekerja untuk Nya. Mungkin upahnya adalah rezeki dan rahmat. Rezeki dan rahmat untuk hidup. Tidak kisah lah apa pun bentuknya.

Secara logik akal sebagai etika berkerja, kita perlu berkerja dan perform, punya hubungan yang baik dengan majikan, berkomunikasi, merujuk atau bertanya jika punya masalah dengan upah mungkin dan komited.

Aku tidak mampu untuk semua kehendak hidup yang sepatutnya dengan umur aku, aku sudah pun mampu.

Tapi kenapa aku asyik terlupa dengan semua logik akal ini?

Walhal, teknikal nya sangat mudah dan semuanya asas sahaja.

Mahukan cool? Inilah kerja yang sepatutnya aku buat sekarang.

I must wake up now!

1 comment: