Wednesday, October 7, 2009

Aidilfitri 2009

Salam Aidilfitri teman temanku.

Masih sempat untuk aku memohon maaf atas sikap aku yang khilaf dan keterlanjuran kata kata. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Tersenyum aku sekejap..sudah lama tidak menulis. Hajat selalu datang, tapi kesampain tak kunjung tiba. Jadi kali ini, mungkin.

Sambil aku mengutil ngutil jari, aku pikir kembali apa yang sebenarnya mahu cerita kali ini. Mungkin, lama sangat dihalang sendiri, aku tetapkan mahu menulis.

Itu lah kita. Manusia. Teringat kembali usikan Mak semalam "Manusia kan bergerak bila terdesak atau didesak, kamu jugak yang cakap kat mak aritu". Wah, wak mira ni. Dia amat handal bab kenen kenen ni. Aku dapat phrase itu hasil perbincangan dengan Pidot. Mungkin juga kita semua memang begitu. Setidak tidak pun, aku sendiri.

Ramadhan datang dan sudah pergi. Aidilfitri juga datang dan sudah mahu pergi. Tulisan terakhir aku adalah sekitar Jun lepas. Sekarang Oktober. Sudah hampir 4 bulan aku lopong kan ruangan ini. Boleh tahan lama.

Banyak aku lalui. Banyak aku belajar. Banyak yang aku lihat. Banyak yang aku rasa. Keluarga aku ditimpa musibah dan aku terasa mahu kongsi. Bukan membuka pekung.

2 hari sebelum Ramadhan disambut, aku berjumpa rakan lama di Restoran Jejantas Sg. Buloh...jangan lah ditanya kenapa disitu. Makan. Hisap rokok. Lepak bertanya khabar. Aku harus jumpa mamat sorang ni, dia harapan projek baru aku yang ini.

Selesai 2 jam disitu, abang sulung aku sms minta tolong hantar ke hospital untuk check up. Bulan sebelumnya dia masuk hospital. Aku terus beransur.

Aku amat tidak baik dengan abang sulung aku. Setahun boleh bilang berapa kali saja kami bertegur. Serius. Jadi aku pulang...dengan sambil lewa. Walhal aku sudah tahu dia mahu ke hospital hari ini. Cuma dia tak akan cakap terus ke aku, dia passing ke mak aku dulu..dan kemudian mak ambil peranan. Aku berlagak la masa ini. Lantak kau la, sapa suruh selalu sombong.

Buka pagar, aku terus kaku..aku sangat sangat kaku. Kaki aku nak bergerak, tapi aku tak boleh. Abang aku sudah terbaring sambil kelopak matanya hanya separuh memandang aku. Aku tak kisah berapa lama dah dia terkulai depan pagar, yang penting pergi hospital. Aku capai abang aku dan drive macam orang hilang akal. Serius aku takut, cuak. Cuma yang ada di kepala macamana nak sampai hospital lebih cepat.

Lebih 3 jam sudah aku di hospital, rokok pun dah habis sekotak. Baru aku mahu lelap dalam kereta, doktor call aku...beritahu yang degup jantung abang aku sangat laju, sangat kritikal, and heart attack is possible at any time..."please gather your nearest family members okay dik"......

Aku mati sebentar. Nafas aku berhenti tapi air mata aku mengalir.

Mak beritahu dia tak sedap hati tengok abg amin. Lain macam. Dia suruh aku tanya sapa sapa yang boleh tengok kan. Esok sudah. Kami balik dan abang aku terus di hospital.

Tuhan Maha Kuasa. Dengan bantuan rakan rakan Farah, Pidot & Amat, gerak hati mak betul. Beberapa orang yang dikurniakan kebolehan dari Tuhan menyebut bentuk perkara yang sama.

Santau.

Tuan benda bangsat ini tahu, orang tak boleh mengubat sehari sebelum puasa dan beberapa hari berikutnya. So, well plan..teratur.

Singkatannya, keluarga sangat huru hara sepanjang Ramadhan.

No comments:

Post a Comment